Latihan Kebakaran – Maahad Hafiz Jeram (Banat)

Berita Maahad Hafiz Klang

*Latihan Kebakaran – Maahad Hafiz Jeram (Banat)

My Ekosistem

Pada 5 hb OKT 2022 (Rabu),latihan kebakaran adalah aktiviti  yang akan dilaksanakan1 kali dalam setahun. Masa yang di ambil oleh murid serta warga Maahad Hafiz untuk mengosongkan kawasan sekolah untuk berkumpul di padang pada sesi latihan kebakaran kali ini adalah lebih kurang 5 minit, catatan masa amat memuaskan kerana semua murid dapat berkumpul di padang dengan cepat dan teratur. Tiada kecederaan dilaporkan untuk sesi latihan kebakaran kali ini.

Ianya bertujuan mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Selain itu, latihan kebakaran ini juga dapat memberi maklumat awal kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.

Berkongsi

Berita Tamat
My Ekosistem
IT Service Request Form (#9)
Kenapa anda perlukan bantuan dari My Ekosistem
My Ekosistem

⚠️ Kenapa Pilih Pendidikan Hafiz Klang?

My Ekosistem

Gambar Sekola